Saturday, October 30, 2010

HAMZAH MUFRAD

• Abu Jaafar akan mengibdalkan huruf hamzah (ء) sama ada huruf hamzah (ء) tersebut terletak atas wazan fa (ف) fe’el atau ‘ain (ع) fe’el atau lam (ل) fe’el.
Contoh:
- fa fe’el: ( يؤمنون) dibaca ( يومنون )
- ‘ain fe’el: ( الباس ) dibaca ( البأس )
- Lam fe’el: ( جيت ) dibaca (جئت )

• Sekiranya huruf hamzah berbaris atas dan huruf sebelumnya berbaris depan , maka diibdal menjadi huruf wau (و)
Contoh:
( يؤيد ) dibaca ( يويد)( seluruh al-Quran)
(يولف ) dibaca ( يؤلف)(seluruh al-Quran)
( مؤجل) dibaca ( موجل ) (seluruh al-Quran)
(موذن )dibaca (مؤذن ) (seluruh al-Quran)

• Sekiranya huruf hamzah berbaris atas dan huruf sebelumnya berbaris bawah , maka diibdalkan menjadi huruf ya (ي)
Contoh:
( قري ) dibaca ( قرئ) (di dalam surah al-A’raf dan al-Insyiqaq)
(استهزي) dibaca (استهزى ) (di dalam surah al-An’am, ar-Ra’du dan al-Anbiya’)
( ناشية ) dibaca ( ناشئة ) (di dalam surah al-Muzammil)
( رياء ) dibaca ( رئاء ) ( di dalam surah al-Baqarah, an-Nisa’, dan al-Anfal)
( لنبوينهم )dibaca ( لنبوئنهم )(di dalam surah an-Nahl dan al-Ankabut)
( لنبطين ) dibaca (لنبطئن)(di dalam surah an-Nisa’)
( شانيك ) dibaca ( شانئك )(di dalam surah al-Kauthar)
( خاشيا ) dibaca (خاشئا )(di dalam surah al-Mulk)


• Imam Yaakub akan membaca seperti riwayat Duri Abu ‘Amru.
Contoh: ( البأس ) ( جئت ) ( يؤمنون )

• Begitu juga kalimah-kalimah berikut yang terdapat di dalam al-Quran.
( خاطئة )ataupun ( الخاطئة )dibaca ( الخاطية , خاطية )
( مليت ) dibaca ( ملئت )
( مئتين ) atau ( مئة ) dibaca ( ميتين )atau ( مية )
فئة , فئتين, فئتينdibaca ( فيتين ) , ( فيتان ) , ( فية)

• Kalimah di bawah ini adalah huruf hamzah nya dihazaf (dibuang) pada seluruh al-Quran.
( مستهزءون ) dibaca ( مستهزون ) dan kalimah yang seumpama dengannya seperti ( الصائبون ) (مالكون ) ( متكئون )
( متكئا ) ( تطئو ) ( يطئو ) juga dihazafkan huruf hamzahnya.
( مستهزئين ) ( متكئين ) ( خاطئين ) ( الخاطئين ) juga dihazafkan huruf hamzahnya.

BAB NAQAL SAKT WAL WAQF ‘ALAL HAMZ

Imam Ibnu Wardan baca dengan bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ pada kalimah (آلئن) pada seluruh tempat di dalam al-Quran al-Karim termasuk dua tempat dalam Surah Yunus.

Imam Abu Jaafar juga baca dengan bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ ke dalam huruf Dal pada kalimah ( ردّا) dalam Surah al-Qasas.

Ibnu Wardan juga baca dengan bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ ke dalam huruf Lam pada kalimah ( ملء ) dalam surah al-Imran .

Imam Ruwais bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ pada kalimah (إستبرق) dalam surah ar-Rahman.

Imam Kholaf al-‘Asyir memindahkan baris huruf hamzah Qato’ ke dalam huruf Siin ( س) pada kalimah (فسئلوا) dan kalimah ( وسئلوا) dan disebut Fasalu dan Wasalu.

Imam Kholaf tiada bacaan Saktah sama ada saktah ( ال) , Saktah ( شيء) , dan Saktah Mafsul . Begitu juga tiada perubahan bacaan huruf hamzah ketika waqaf.

BAB IDGHAM SOGHIR

1. Imam Abu Jaafar dan Yakub baca dengan Izhar (jelas) pada Zal (ذ) Iz ( إذ) huruf dan juga membaca Izhar(jelas) pada Dal (د) Qad ( قد), pada 8 huruf.

2. Imam Kholaf pula akan mengizharkan huruf Ta Ta’nis( ت) apabila bertemu huruf Tha ث).

3. Imam Kholaf pula akan membaca Idgham huruf Ta Ta’nis( ت) bertemu dengan baki huruf lain iaitu, س ص ز ظ ج

4. Pada bab Lam Hal ( ل) ( هل) dan bab Bal (بل ), Imam Kholaf akan membaca Izhar(Jelas) sama ada Bal (بل ) bertemu huruf (س) dan ( هل) bertemu huruf (ث) atau ( هل) dan (بل ) bertemu huruf ( ت).

5. Imam Kholaf akan membaca Izhar apabila huruf (ث) bertemu huruf ( ت) pada seluruh al-Quran. Seperti contoh ( لبثت).

6. Imam Yakub pula akan membaca dengan Izhar(Jelas) pada semua keadaan iaitu –pada bab Zalذ))Iz( إذ), Dal(د)Qad( قد), dan bab
Ta Ta’nis( ت).

7. Imam Rauh akan baca Idgham pada kalimah (أخذتم) atau ( أخذت)

NUN SAKINAH DAN TANWIN

Imam Khalaf (ف – فز ) membaca dengan ghunnah pada huruf wau dan ya’ khilaf bagi riwayat Imam Hamzah.

•Membaca Imam Abu Jaafar (ا – اتل ) dengan ikfa’ pada huruf kho dan huruf ‘ain bertemu nun sakinah dan tanwin di seeluruh al-quran.

Bagi Imam Abu Jaafar pengecualian pada 3 tempat :
i. surah al-isra' فسينغضون
ii. إن يكن غنيا surah an-nisa'
iii. sural al-maidah المنخنخة ا

AL-FATH WAL IMALAH

Dalam bab Fath wal Imalah, Imam Kholaf akan membaca dengan
imalah pada kalimah tertentu sahaja.
1) (Al-Qahhar), (Albawwar) dengan syarat huruf Ra’ berbaris
bawah.
2) (Jaa), (Syaa), (Rona) tiga kalimah ini sahaja.
3) (Al-Abrar) dengan syarat huruf Ro berbaris bawah.
4) (Ar-Rukya) dengan syarat ada Al.
5) (At-Taurat)

• Imam Kholaf akan membaca Imalah seperti Imam Hamzah pada
Zawatil Ya samada ditengah ayat seperti (Al-Qurba) dan
seumpama dengannya atau dihujung ayat seperti di dalam surah
Dhuha dan 10 surah lain yang seumpama dengannya seperti yang
dibaca oleh Imam Hamzah.
Contoh manhaj Kholaf al-Ashir dalam Al-Quran (Surah Al-
Baqarah ayat (177-178).

• Dalam bab Fatah dan Imalah, Imam Yaakub tidak akan
membaca Taklil atau Imalah pada semua tempat kecuali:
1) Kalimah (A”ma) tempat pertama yang ditemui di dalam
surah al-Isra’ akan dibaca dengan Imalah Qubra.
2) Kalimah (Al-Kafirin) samada (AL) ataupun tidak
(kafirin),riwayat Ruwais akan membaca dengan Imalah
pada seluruh Al-Quran, riwayat Rauh pula akan membaca
dengan Imalah pada kalimah (kafirin) hanya dalam surah
an-Naml.
3) Riwayat Rauh akan membaca dengan Imalah pada huruf
Ya pada awal surah Yasin.
4) Abu Jaafar dalam bab Imalah bacaannya serupa dengan
Nafi’.

ARRAAT WALLAMAT WAL WAQFU ‘ALAL MARSUM

 Abu Jaafar membaca seperti mana Qalun.
-Imam Yaakub pula akan membaca dengan saktah Ha (ﻫ) pada kalimah-kalimah berikut ketika waqaf:
1.(يَاأَبَتِ) dibaca (يَاأَبَهْ)
2.Mim al-lstifham (م)

Contoh:
لِمِ dibaca لِمِهْ
عَمَّ dibaca عَمَّهْ
فِيمَ dibaca فِيمَهْ
مِمَّ dibacaمِمَّهْ
بِمَ dibaca بِمَهْ

Dhomir Mufrad Ghaib (الغَاءِبْ) sama ada muzakkar atau muannas
Contoh:
وَهُوَ dibacaوَهُوَهْ
وَهِيَ dibaca وَهِيَهْ
فَهُوَ dibaca فَهُوَهْ
فَهِيَ dibaca فَهِيَهْ
لَهُوَ dibaca لَهُوَهْ
لَهِيَ dibaca لَهِيَهْ

Kalimah yang mempunyai Dhomir jama’ muannas dihujungnya (ﻬﻥ).
Contoh:
لَهُنَّ dibaca لَهُنَّهْ
بِهِنَّ dibaca بِهِنَّهْ
مِنْهُنَّ dibaca مِهُنَّهْ
عَلَيْهِنَّ dibaca عَلَيْهِنَّهْ
إِلَيْهِنَّ dibaca إِلَيْهِنَّهْ
أَبْصَارَهُنَّ dibaca أَبصَارَهُنَّهْ


Ya (ي) yang bertasydid (ﹽ) mabni lil mutakallim (لِلْمُتَكَلِّمْالْمَبْنِي).
Contoh:
عَلَيَّ diabaca عَلَيَّهْ
لَدَيَّ diabaca لَدَيَّهْ
إِلَيَّ diabaca إِلَيَّهْ
بِمُصْرِخِيَّ diabaca بِمُصْرِخِيَّهْ
بِيَدَيَّ diabaca بِيَدَيَّه

YA IDHOFAH

Abu Jaafar akan menghidupkan (membariskan) huruf YaIdofah (ي) yang sukun (ﹿ) apabila bertemu dengan huruf hamzah Qato’(ﺀ) samaada:

a)Huruf hamzah (ﺀ) tersebut berbaris atas ﹷ

أَعْلَمإِنِّي dibaca أَعْلَمإِنِّيَ


b)Huruf hamzah (ﺀ) tersebut berbaris bawah ﹻ

كُنْتُمْإِنْبَنَاتِي dibaca كُنْتُمْإِنْبَنَاتِيَ


c)Huruf hamzah (ﺀ) tersebut berbaris depan ﹹ

أُعِيذُهَاإِنِّي dibaca أُعِذُهَاّإِنِّيَ


Dalam babYa Idofah, Imam Yaakub akan membaca seperti riwayat Hafs iaitu disukunkan (ﹿ); tidak seperti riwayat Abu ‘Amru yang membariskan (ﹹﹻﹷ) sama ada huruf hamzah Qato’ tersebut berbaris atas (ﹷ), bawah (ﹻ) atau depan (ﹹ).

Contoh:

أَعْلَمُإِنِّيَ , إِنْبَنَاتِي, أُعِيذُهَاإِنِّي