Thursday, September 2, 2010

Pengenalan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum..


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah segala syukur kpd Allah yang telah mengizinkan kita untuk terus menghirup udara segar dunia ini.
Kami merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah ditugaskan untuk menyediakan assignment dalam bentuk multimedia. Ini bersuaian dengan waqi’iyah dakwah dalam menegakkan syiar Islam pada hari ini yang serba canggih dan moden.



Jadi kami menyambut baik tugasan yang diberikan kerana ianya bakal memberikan manfaat kepada kami dan juga orang lain, Insya-Allah. Untuk itu, taklif kami ialah menyediakan info-info yang berkaitan dengan Ilmu Qiraat daripada Matan Durrah.

Setiap riwayat daripada Imam-imam Qurra’, akan kami post  mengikut susunan bab-bab hukum pembacaan Qiraat.  Untuk itu, kami memohon jasa baik sahabat-sahabat, tuan-tuan guru agar memberikan komentar atau pembetulan kepada bahan yang kami sediakan. Untuk pengetahuan kami berpandukan kitab Qiraat Ilmi Matan Durrah.

Semoga dengan ini akan memberikan faedah kepada kita dan diberkati serta dirahmati Allah S.W.T.
-Raudhatul Qurra –

No comments:

Post a Comment