Saturday, October 30, 2010

AL-FATH WAL IMALAH

Dalam bab Fath wal Imalah, Imam Kholaf akan membaca dengan
imalah pada kalimah tertentu sahaja.
1) (Al-Qahhar), (Albawwar) dengan syarat huruf Ra’ berbaris
bawah.
2) (Jaa), (Syaa), (Rona) tiga kalimah ini sahaja.
3) (Al-Abrar) dengan syarat huruf Ro berbaris bawah.
4) (Ar-Rukya) dengan syarat ada Al.
5) (At-Taurat)

• Imam Kholaf akan membaca Imalah seperti Imam Hamzah pada
Zawatil Ya samada ditengah ayat seperti (Al-Qurba) dan
seumpama dengannya atau dihujung ayat seperti di dalam surah
Dhuha dan 10 surah lain yang seumpama dengannya seperti yang
dibaca oleh Imam Hamzah.
Contoh manhaj Kholaf al-Ashir dalam Al-Quran (Surah Al-
Baqarah ayat (177-178).

• Dalam bab Fatah dan Imalah, Imam Yaakub tidak akan
membaca Taklil atau Imalah pada semua tempat kecuali:
1) Kalimah (A”ma) tempat pertama yang ditemui di dalam
surah al-Isra’ akan dibaca dengan Imalah Qubra.
2) Kalimah (Al-Kafirin) samada (AL) ataupun tidak
(kafirin),riwayat Ruwais akan membaca dengan Imalah
pada seluruh Al-Quran, riwayat Rauh pula akan membaca
dengan Imalah pada kalimah (kafirin) hanya dalam surah
an-Naml.
3) Riwayat Rauh akan membaca dengan Imalah pada huruf
Ya pada awal surah Yasin.
4) Abu Jaafar dalam bab Imalah bacaannya serupa dengan
Nafi’.

No comments:

Post a Comment