Monday, August 23, 2010

Mukadimah


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد المصطفى وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين ،
قال الله تعالى في كتاب الكريم :


Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita, hamba yang beriman di muka Bumi ini. Bersama-samalah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana nikmat Iman dan Islam yang telah Allah kurniakan kepada kita. Mudah-mudahan kita menjadi Khalifah Allah yang berusaha mentadbir bumi ini dengan kalimah Tauhid yang agung.



Terima kasih kepada pengunjung halaman Raudhatul Qurra kerana dengan usaha kami yang sedikit ini akan memberikan faedah kepada orang ramai dan bukannya faedah kepada kami sahaja. Tujuan sebenar halaman ini adalah untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kami Al-Fadzil Ustaz Mohd Zaki bin Abdul Hamid sebagai pemarkahan berkumpulan untuk madah Qiraat.
Insya-Allah halaman ini akan berkisar perkara yang berkaitan dengan Qiraat. Iaitu info-info yang berkaitan dengan bacaan Al-Quran yang agak berlainan kepada masyarakat Malaysia khususnya. Semoga usaha ini dapat memberikan sedikit maklumat yang berguna agar tidak berlaku kekeliruan dan perselisihan antara masyarakat di luar sana.
Terbuktilah bahawa Islam itu indah dan Mudah. Sehingga membaca Al-Quran juga mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu untuk memudahkan ummat Islam untuk menghayati Al-Quran ini. Oleh itu benarlah firman Allah :

 
Dengan ini sekaligus memberikan pandangan kepada kita bahawa jalan dakwah itu bukanlah sukar dan jumud, tetapi luas dan menjadi tanggungjawab kepada kita unutk menzahirkan syiar Islam itu sendiri, dengan menggunakan kepelbagaian kaedah yang mampu untuk menarik ramai pihak supaya mereka dan kita sendiri untuk memahami Islam.

Semoga Allah memberkati kita semua dalam memelihara Kitabullah. Akhir kata, selamat membaca dan sila kan untuk membetulkan fakta yang tersilap atau tersalah. Sekian.
-al-Fakir-



No comments:

Post a Comment