TAKRIF:
- Bahasa : Berlindung
- Istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah kepada diri kita daripada syaitan yang di laknat
SUMBER LAFAZ ISTI`AZAH:
- Lafaz isti`azah yang mudah lagi ringkas terdapat di dalam Al-Quran yang mulia iaitu di dalam surah An-Nahli.
- Terdapat sepotong Hadis, seorang sahabat Rasulallah S.A.W.yang terkenal iaitu Hadrat Abi Said Al-Kudri r.u. bahawa beliau telah mendengar Rasulallah membaca lafaz isti`aazah yang terdapat penambahan pada kalimah isti`azah .
(Diriwayatkan oleh imam Abu Daud rah.)
Terdapat pelbagai lafaz isti`azah yang diharuskan dalam membacanya,diantaranya :- Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasulallah S.A.W. yang bermaksud:
"aku berlindung diri kepada Allah Azza Wajalla daripada syaitan yang direjam"2. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang mana lafaz ini juga digemari oleh segolongan ulama’ salaf yang bermaksud:"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T.yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam "3. Lafaz yang diambil daripada Hadis Rasulallah S.A.W. yang bermaksud :"aku berlindung diri kepada Allah S.W.T. agar mendapat keampunan yang Maha Agong daripada azabnya yang amt pedih dan daripada tipu daya syaitan , sesungguhnya dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui "
KEADAAN-KEADAAN MEMBACANYA:
Salah seorang daripada Imam-Imam Qurra` iaitu Imam Hamzah membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah Al-Fatihah tetapi membaca dengan suara yang perklahan pada surah yang lain yang di dalam AL-Quran yang mulia . Selain itu Imam Nafi’ yang juga merupakan salah seorang Imam-Imam Qurra’,
TEMPAT YANG DI SUNATKAN MEMBACANYA DENGAN PERLAHAN :
1. Ketika membaca berseorangan diri ataupun dikhalayak ramai.2. Di dalam sembahyang fardu mahupun sunat tidak kira siang mahu pun malam, berseorangan ataupun berjemaah.3.ketika diwaktu pertengahan pembacaan tadarus Al-Quran secara berjemaah.Selain dari tempat-tempat yang di sebutkan di atas, pembacaan lafaz isti`azah boleh dibaca dengan nada yang kuat .
PEMBACAAN LAFAZ ISTI`AZAH DENGAN BASMALAH DAN DI AWAL SURAH :Terdapat 4 cara yang telah diamalkan oleh Imam-Imam Qurra’ iaitu:1.Berhenti pada lafaz isti`azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.2.Berhenti pada lafaz istiazah tetapi bersambung lafaz basmalah dengan awal surah.3.Menyambung lafaz isti`azah dengan lafaz basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.4.Menyambung ketiga-tiganya sekali .
- Lafaz isti`azah yang mudah lagi ringkas terdapat di dalam Al-Quran yang mulia iaitu di dalam surah An-Nahli.
No comments:
Post a Comment