TAKRIF BASMALAH
Basmalah ringkasan daripada kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
SUMBER
Lafaz basmalah terdapat di dalam mashaf Al-Quran yang mulia iaitu dalam surah An-Naml pada ayat-30, yang bermaksud :
" Sesungguhnya ia (surah) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim "
CARA MEMBACANYA
Pembacaan lafaz basmalah ketika hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang baik adalah disunatkan lebih-lebih lagi ketika hendak membaca Al-Quran sama ada di permulaan surah atau di pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.
Terdapat sepotong hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
" Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak digunakan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan tersebut akan terputus (daripada keberkatan)"
MEMBACA LAFAZ BASMALAH DI ANTARA 2 SURAH
Terdapat beberapa imam-imam Qurra’ berselisih pendapat mengenai pembacaan lafaz basmalah di antara 2 surah, iaitu :
- Imam Kholun, Kisaei, ‘Asim dan Ibnu Kasir bersependapat bahawa perlu membaca lafaz basmalah di antara 2 surah di semua surah yang terdapat di dalam mashaf Al-Quran melainkan surah Al-Anfal dan surah At-Taubah(hal ini kerana surah At-Taubah diturunkan ketika sedang berlakunya peperangan sedangkan semua surah yang lain diturunkan dalam keadaan aman).
- Imam Hamzah berpendapat bahawa tidak perlu membaca basmalah di antara 2 surah di atas sebab-sebab yang tertentu.
- Imam Ibnu ‘Amir, Warsy dan Abu ‘Amru bersependapat bahawa terdapat 3 jenis cara bacaan di dalam hal ini, iaitu :
(a) Membaca lafaz basmalah di setiap permulaan surah di dalam Al-Quran yang ‘Azim.
(b) Menyambung semua surah dalam Al-Quran tanpa membaca lafaz basmalah.
(c) Bersaktah(berhenti sekejap tanpa mengambil nafas yang baru) di antara 2 surah tanpa membaca kalimah basmalah.
Corak pembacaan bersaktah adalah lebih digunapakai oleh golongan yang dinyatakan di atas daripada 2 corak pembacaan yang lain.
Terdapat 4 tempat sahaja yang dibaca dengan bersaktah di dalam Al-Quran oleh imam Ibnu ‘Amir, Warsy, Abu ‘Amru dan Hamzah, iaitu :
- Di akhir surah Al-Muddasir, di awal surah Al-Khiamah.
- Di akhir surah Al-Infithor, di awal surah Al-Muthoffifin.
- Di akhir surah Al-Fajr, di awal surah Al-Balad.
- Di akhir surah Al-’Assr, di awal surah Al-Humazah
CARA MENYAMBUNG BASMALAH DI ANTARA AWAL DAN AKHIR
SURAH
Terdapat 3 jenis corak pembacaan kalimah basmalah di antara akhir dan di awal surah oleh imam Ibnu ‘Amir, Abu ‘Amru dan Warsy, iaitu :
- Berhenti pada setiap akhir surah dan akhir basmalah.
- Menyambung akhir surah degan basmalah tetapi berhenti sebelum awal surah.
- Menyambung ketiga-tiganya sekali.
No comments:
Post a Comment