Saturday, October 30, 2010

BAB NAQAL SAKT WAL WAQF ‘ALAL HAMZ

Imam Ibnu Wardan baca dengan bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ pada kalimah (آلئن) pada seluruh tempat di dalam al-Quran al-Karim termasuk dua tempat dalam Surah Yunus.

Imam Abu Jaafar juga baca dengan bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ ke dalam huruf Dal pada kalimah ( ردّا) dalam Surah al-Qasas.

Ibnu Wardan juga baca dengan bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ ke dalam huruf Lam pada kalimah ( ملء ) dalam surah al-Imran .

Imam Ruwais bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ pada kalimah (إستبرق) dalam surah ar-Rahman.

Imam Kholaf al-‘Asyir memindahkan baris huruf hamzah Qato’ ke dalam huruf Siin ( س) pada kalimah (فسئلوا) dan kalimah ( وسئلوا) dan disebut Fasalu dan Wasalu.

Imam Kholaf tiada bacaan Saktah sama ada saktah ( ال) , Saktah ( شيء) , dan Saktah Mafsul . Begitu juga tiada perubahan bacaan huruf hamzah ketika waqaf.

No comments:

Post a Comment